J O D O H

                                                              ASSALAMUALAIKUM

HAKIKAT JODOH

Apabila dua orang telah digariskan untuk dapat
hidup bersama…
telah tertulis siapa yang menjadi Jodohnya dalam
Kitab Lauhful Mahfudz maka…
sejauh apapun mereka…
sebanyak apapun rintangan yang menghalangi…
sebesar apapun beza diantara mereka…
sekuat apapun usaha dua orang tersebut untuk
menghindarkannya…
meski mereka tidak pernah komunikasi
sebelumnya…
meski mereka sama sekali tidak pernah
membayangkan sebelumnya…
meski mereka tidak pernah saling bertegur sapa…
PASTI !!!!!!!!!
PASTI tetap saja mereka akan bersatu….
seakan ada magnet yang menarik mereka…
akan ada hal yang datang…
untuk menyatukan mereka berdua…
akan ada suatu kejadian…
yang membuat mereka saling mendekat…
dan akhirnya bersatu…
Aamiin ya Rabbal'alamin.


#walaupun jarak usia terlalu berbeza sgt ku yakin dia jodohku..puihhh ayat mcm xkena je

Tudung Labuh

Assalamualaikum




Hye korang..hari nie saya hanya nak bercerita mengenai tudung labuh.Tak semestinya yang bertudung labuh x boleh nak berfesyen kan??kan?? Nak berfesyen tu boleh tapi biar menutup aurat dan mengikut syaraknya..Lebih afdal bertudung melebihi paras dada.Bukan bertudung hanya nak mengikut trend sahaja tau tpi ikhlas kerana Allah dan ingin menjaga aurat dan maruah diri.That's true??hehehe...





Di sini saya juga ingin kongsikan sedikit tips untuk bertudung labuh dan berpakaian muslimah sejati. Sejujurnya saya bukanlah seorang yang bertudung labuh , apatah lagi berniqab. Biasa-biasa je...hehehe...Hasrat di hati tu ada, namun masih tidak kesampaian. Rasa cemburu sering menular dalam diri tatkala terlihat para wanita atau gadis-gadis yang bertudung labuh. Subhanallah, mereka terlalu indah, seolah sekuntum mawar berduri. Cantik...tidak bisa disentuh, inikan pula hendak dipetik. 

Kepada sahabat yang hatinya telah lunak & lembut disapa bayu Hidayah Allah swt ingin berhijrah kepada bertudung labuh dan berpakaian muslimah tu, mari kita cuba langkah ini, semoga satu hari nanti kita juga jadi seperti 'mawar berduri'...InsyaAllah....

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mengkaji maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Jadikan tafsir mini sebagai teman karib.

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha. Contohnya, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 iaitu yang melepasi bahu. Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? )

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata.

Jodoh itu Rahsia Allah..ツ

ASSALAMUALAIKUM..
Secara umum yang kita tahu, tanda-tanda jodoh adalah keserasian, saling memahami, masing-masing pandai bertanggungjawab dan saling bertolak ansur. Itu adalah secara asasnya. Tapi dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan perkara yang berbeza. Masih tentang tanda-tanda jodoh kita kuat bersama seseorang tetapi dalam konteks yang sedikit berbeza. Bukan senang untuk membicarakan soal jodoh kerana ia milik Allah. Macam mana pun manusia boleh merancang dan berusaha, selebihnya hati kita harus kuat menyerahkan soal jodoh kepada Allah.
Orang kata cinta tidak selalu bersama jodoh, tetapi jodoh selalu bersama cinta? Tidak semestinya! Kisah cinta nyata bukan macam kisah cinta dalam novel. Tidak semestinya sesuatu perkahwinan itu membahagiakan. Mereka ada jodoh, tetapi mereka masih tiada cinta. Jadi jangan terlalu menekan atau mempercayai sesuatu mitos. Jadi apa yang penting sebenarnya adalah cinta dan jodoh. Ia harus datang bersama. Jika sesebuah cinta itu tidak ada dalam hati seseorang, sampai bila-bila lah dia tidak akan ada.
Cinta boleh dipupuk? Adakah ia benar? Bagi saya, jika cinta itu dipupuk bermakna ia bukan semula jadi. Dipupuk bermaksud kita berusaha menekan diri kita melakukan sesuatu yang bukan asalnya kita mahu. Boleh kalau korang nak cuba. Tapi seeloknya cinta itu datang dari hati secara semula jadi. Barulah sesuatu cinta itu akan kekal. Berbalik kepada persoalan cinta dan jodoh. Memang kita tak tahu apa akan jadi pada masa akan datang, tapi Allah sebenarnya dah tunjuk pada kita secara halus siapa jodoh kita. Tak percaya? Pernah tak korang dengar atau berdepan dengan situasi macam ni:-
“Hisyh, asyik asyik terserempak dengan dia je, hari-hari pandang muka dia je”,
“Dulu saya cari jodoh di tempat yang jauh, rupa-rupanya dia selama ini dekat dengan saya!”
Ha, tu tandanya apa tu? Hehe, memang lah tidak semuanya betul mereka yang selalu terserempak bersama tu memang berjodoh, tapi kebanyakkannya macam tu kan? Cuba perhatikan mereka yang berpasangan, kebanyakkannya dari bidang yang sama atau dekat-dekat. Paling tidak pun mempunyai minat yang sama secara kebetulan. Contohnya macam seseorang di bidang perniagaan akan mendapat jodoh dengan orang yang minat berniaga dan seseorang doktor akan bertemu jodoh dengan seorang peguam mungkin. Ini hanya kemungkinan, tidak semua, tetapi banyak yang berlaku.
.
Antara beberapa persoalan dan tanda berkaitan soal jodoh adalah:-
Orang yang kita cari sebenarnya berada dekat dengan kita
Percaya tak, sebenarnya jodoh yang korang cari berada berdekatan dengan korang. Korang mungkin tak nampak sekarang, tapi mana tahu suatu hari korang akan bertemu dengan seseorang yang sangat dekat dengan korang. Bahkan korang akan jatuh cinta dengan seseorang yang korang kenal suatu masa dulu. Tak sangka kan? Kuasa Allah ini besar. Kita cari jodoh jauh jauh, rupanya dia berada dekat dengan kita.
Entah-entah jodoh kita adalah seseorang yang telah lama cintakan kita dalam diam. Atau jodoh korang adalah daripada kenalan korang di suatu masa dahulu. Jadi jangan menekan sangat soal jodoh. Mungkin ada di antara korang yang sudah bersedia untuk menikah tetapi masih belum bertemu jodoh. Usah risau, pedulikan apa orang kata, yang penting jodoh untuk korang akan tetap juga sampai nanti.
Sebenarnya, jika kita perhatikan betul betul, Allah telah mengurniakan sesuatu yang sangat baik untuk kita dalam soal jodoh ni. Jika dulu kita pernah bercinta, mengangankan suatu perkahwinan yang indah tetapi kita kecewa sehingga pintu hati tertutup, tapi sekarang Allah beri seseorang yang lebih daripada yang dulu untuk menemani hidup kita. Usah khuatir soal jodoh itu, kerana bila seseorang itu sudah ditakdirkan menjadi jodoh dan pasangan korang, ia tetap akan jadi milik korang. Datanglah beribu halangan sekalipun, takkan ada yang boleh mengubah kuasa Allah.
Apa pun dugaan, semuanya dapat diatasi
Ok, sekarang adalah situasi di mana korang sedang bercinta dan merancang untuk menikah. Korang sedang berusaha kumpul duit dan menghadapi susah dan senang bersama sama. Tidak dinafikan, pasti wujud konflik di saat ini kan? Tak kira lah masalah apa pun, pasti ada yang datang untuk menguji cinta korang kan? Di saat itu mungkin ada yang merasakan bahawa pasangan dia sekarang bukan jodohnya. Lalu mulalah tanggapan negatif tersebar dan mengeruhkan hubungan. Ketidakpercayaan mula timbul dan mengugat hubungan korang. Di sinilah sebenarnya korang kena main peranan yang sangat penting. Walau apa pun dugaan jangan sesekali cepat putus asa.
Ok, jika korang berdua berjaya mengharungi apa saja dugaan bermakna dia memang dijodohkan untuk korang. Contohnya, berlaku konflik yang sangat besar dalam sesuatu hubungan yang menyebabkan pergaduhan. Suasana jadi begitu tegang dan masing-masing berfikiran seolah seolah hubungan itu tidak dapat diselamatkan lagi. Korang pulak dah mula rasa kecewa, pasrah dan redha atas apa saja yang bakal terjadi. Tiba-tiba, dengan kuasa Allah, konflik itu dapat diselesaikan, hubungan korang berdua kembali seperti dulu lagi. Malah mungkin semakin memahami dan bahagia.
Setiap kali berlaku konflik yang menyebabkan korang rasa putus asa, Allah tunjukkan jalan korang untuk berbaik semula. Itu adalah salah satu tanda jodoh korang kuat bersama si dia InsyaAllah. Banyakkan berdoa dan sabar dengan setiap dugaan yang diberikan. Jangan sesekali mudah mengalah. Apa apa pun ia sebenarnya bergantung pada sikap kita sendiri juga. Jika korang jenis yang cepat putus asa dan kuat mengalah, macam mana nak kekalkan jodoh?
Berpisahlah macam mana pun, jika jodoh itu milik kita ia pasti milik kita!
Pernah juga terjadi, pasangan kekasih yang telah berpisah suatu masa dahulu berjumpa balik dan berkahwin! Itu juga namanya jodoh. Berpisahlah macam mana pun, jika Allah tetapkan jodoh itu milik korang, maka ia milik korang. Mungkin Allah mahu korang berpisah untuk memperbaiki diri masing masing dan menguji rasa cinta antara korang. Hakikat ayat ini, “kalau jodoh, ia tetap jodoh” sentiasa menguatkan hati manusia tentang persoalan jodoh. Memang sangat menyakitkan jika jodoh korang bukan bersama seseorang yang korang cintai. Tapi bersangka baiklah kepada Allah.
Dia akan mengurniakan seseorang yang baik untuk korang. Tidak mudah, korang perlu menjadi seseorang yang sangat kuat dan tabah. Tapi ingatlah, jika si dia memang jodoh korang, tiada satu manusia pun dapat halang dia menikah secara sah dengan korang. Tapi jika bukan, buatlah macam mana pun, dia tetap bukan milik korang. Jalan penyelesaian yang baik untuk menghindar kita dari berasa sedih dan was-was mengenai persoalan jodoh adalah kembali kepada Allah. Dia yang mencipta segala jenis perasaan yang ada di muka bumi ini. Dia yang memberikan kebahagiaan kepada semua hamba hambaNya.
Minta lah kepada Nya sedikit kebahagiaan, InsyaAllah jika kita ikhlas dan redha menerima segala ketentuan Allah, kita akan tenang dan hidup bahagia. Buatlah solat istikharah dengan cara yang betul. Ia dapat membantu korang dalam membuat keputusan. Jika korang dah cukup berusaha, dan takdir menentukan sesuatu yang berbeza untuk korang, terimalah dengan sabar dan ikhlas. Memang sukar tetapi kan Allah itu Maha Mengetahui. Sakit yang korang rasa sekarang adalah bayaran untuk kebahagiaan untuk korang di masa akan datang nanti InsyaAllah.
Jangan serahkan pada takdir semata-mata
Soal jodoh memang lah milik Allah, tapi kita tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa apa dan tunggu bulan jatuh ke riba. Allah benci orang yang suka berputus asa dan tidak mahu berusaha. Ada yang kata jodoh tak perlu dicari, tetapi ia datang sendiri. Benar, tapi tetap juga kita perlu berusaha. Bagaimana? Persiapkan diri kita menjadi seseorang yang lebih baik dari hari ke hari. Berkawan dengan ramai orang tidak kira lelaki dan perempuan, asalkan korang tahu batas-batasnya dan luaskan lah pandangan terhadap kehidupan.
Jangan kurung diri korang daripada cinta kerana beranggapan jodoh korang sudah ditentukan. Hiduplah dengan normal dan bersosiallah seperti orang lain. Asalkan korang tahu jaga batas, itu sudah mencukupi. Tidak mustahil korang akan berkenalan dengan seseorang dan bertemu jodoh dari situ. Elakkan mengamalkan sikap duduk diam dan tunggu tanpa berusaha apa-apa. Mungkin korang adalah seorang lelaki yang sedang meminati seorang gadis dalam diam. Korang mahu memperisterikan dia. Jadi apa yang korang perlu lakukan?
Duduk diam? Salah tu. Sekurang kurangnya korang harus mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Allah tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab. Ia adalah sama ada Allah mahu kita belajar sesuatu dari orang-orang yang kita jumpa dalam hidup kita ataupun Allah menghadirkan seseorang itu sebagai tanda kita akan hidup bersama nya selama-lamanya!
Jadi jangan lepaskan setiap peluang yang ada. Tidak salah untuk kita berusaha dalamsoal jodoh ni. InsyaAllah jika kita berusaha keras, ia akan jadi milik kita. Yang penting cubalah dulu. Jangan awal awal dah putus asa.
.
.
Jodoh itu milik Allah, tapi ia dicipta khas untuk manusia agar kita dapat menikmati nikmat bahagia hidup di dunia ini bertemankan seseorang yang sangat kita sayangi. Ada orang yang dapat jodoh dengan orang yang dicintai, ada yang tidak. Semua itu kuasa Allah, kita tak layak mempersoalkannya. Tetapi kita boleh belajar daripada pengalaman yang kita dapat. Bila dah dapat jodoh dengan seseorang yang kita cinta tu, jagalah elok elok. Jangan lancang sangat untuk bercerai jika ada konflik berlaku. Walau apa berlaku sekalipun, belajarlah cara untuk mempertahankan rumah tangga korang.
Allah telah mengurniakan satu jodoh untuk korang. Orang lain yang terlalu berharap tak dapat, tapi korang dah dapat. Kenapa kena sia siakan? Jaga hubungan elok elok. Hargai apa yang ada sekarang. Penceraian adalah sesuatu yang paling dibenci Allah walaupun ianya tidak salah. Takdir takdir memang takdir tapi usaha usaha tetap usaha. Persoalanjodoh itu sangat sulit, tetapi manusia boleh mencuba dan terus mencuba. Allah tidak kejam. Dia Maha Menyayangi. Pasti Dia akan mendengar setiap doa dan rintihan kita sekaligus menghadiahkan jodoh yang terbaik untuk kita semua, InsyaAllah.
.

IKHTILAT

ASSALAMUALAIKUM..

Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki & wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki & wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti SMS, e-mail,Facebook,WeChat,LINE& mcm2 larh lagi. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.


"Kenapa tak boleh keluar dengan lelaki ajnabi walaupun tak ada pegang-pegang, tak ada sentuh-sentuh, tak buat benda tak senonoh, tak ada pergi tempat gelap ? Kita orang keluar just for fun."




#Ikhtilat.
Kalau kita tak jaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati.

Bila mata suka memandang kepada ajnabi,
bila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi,
bila telinga suka mendengar suara ajnabi,
bila tangan suka ber'chatting' dengan ajnabi,
bila kaki suka melangkah bersama ajnabi,
bila diri suka meraih perhatian ajnabi,
maka kita akan mudah jatuh hati.

Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah.



Zina.
Na'uzubillah.

Maksud mimpi

Assalamualaikum...x jawab dosa tau.ari nie saya mood sya happy sgt..x thulah sbab apa.tpikan dua tiga ari nie  saya selalu mimpi yng pelik2..hurm..adalah satu ari saya mimpi sorang budak kecik nie tiba2 dtng dkat then peluk saya.tpi sehari lepas tu saya trjumpa pulak  budak kecik yng sya mimpi tu dkat msjid kolej sya pulak.apa yer tanda mimpi tu..ini serius giler.masa tu betul2 terkejut tengok muka budak tu.hurmm....tpi saya ada terjumpa satu blog nie kan ia mencritakan maksud disebalik mimpi-mimpi kita tu.salah satu nya yang nie




1.Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

2.Jika anda bermimpi melihat, memelihara, mempunyai mendengar kanak-kanak, alamat suatu keuntungan akan segera datang kepada anda. Apalagi kalau anda bermimpi mempunyai anak laki-laki. Mimpi melihat anak-anak bermain bermakna akan mendapatkan jodoh. 


hurmm...apa pendapat korang erk..boleh percaya ke x nie..

seandainya betul...alhamdulliah sgt2..tpi akan mndapat jodoh tu mustahil skit..
grrr..tkutnyer dengan mimpi nie

Ya Allah,kau pemudahkanlah urusan ku di dunia dan diakhirat. amin..

#kalau korang nak thu lebih lanjut mengenai maksud mimpi

Perbezaan Antara Zaman Sekolah dan Zaman Universiti

hye! assalamualaikum... saya baru perasan yg tyme study kat sekolah menengah dan kat kolej/universiti banyakkk beza.... jom wat kajian perbezaan dua2 tu...


Sekolah - Bawa beg berat macam batu-bata. Penuh dengan buku. Pencil box complete semua ada. Cuma liquid je tak boleh bawa. Kalau bawa kena rampas. [Entah pape je peraturan gini]
Universiti - Nak bawa beg pun malas. Kadang-kadang bawa sebuah buku je. Buku tu la yang digunakan untuk menulis nota bagi segala subjek. Tak perlu bawa pencil box semua. Cukup sekadar bawa pen dan liquid je. Nak lagi senang, bawa laptop je ke kelas.


Sekolah - Pelajar hanya dibenarkan memakai baju sekolah je..Baju sekolah semua sama style..Kalau nak tunjuk ada style sikit pun boleh tunjuk kat kasut.

Universiti - Macam-macam style ada..Malay style, Korean style, Turki style semua ada..Pakai je style apa yang nak..Tak ada siapa halang..


Sekolah - Pelajar dilarang bawa hp ke sekolah. Kalau kantoi kena rampas
Universiti - Hp semua canggih-canggih..Even apa yang lecturer lecture kan pun siap boleh rekod dalam hp. Sebab malas nak buat catitan. Tu kalau lecturer tak bagi nota la.

Sekolah - Pukul 6am dah kena bangun mandi untuk pergi ke kelas. Kalau datang lambat ke sekolah, kena tahan dengan pengawas.
Universiti - Kalau ada kelas pukul 8am, time tu la baru nak bangun mandi. Sampai kelas lewat pun relax je. Lecturer pun buat dek je. [Sebab malas nak layan perangai budak gini]

Sekolah - Kelas dari pukul 7.30am sampai 1/2pm. Kalau ada kelas tambahan, mahu sampai pukul 4/5pm.
Universiti - Kelas kadang-kadang 2/3 jam je. Paling azab 8 jam. Paling heaven tak ada kelas langsung. Depends on schedule and lecturer.

Sekolah - Esok exam, last week dah prepare dah. Pensil 2B pastikan ada 2 batang. Kasi tajam.
Universiti - Esok exam, hari ni baru nak study. Pukul 9am start exam, pukul 7am baru nak tidur sebab tak habis study punya pasal. 


Sekolah - Kalau buat salah, kena ambil nama then bayar denda dalam RM2 ke macam tu.[tak ingat paling mahal kena berapa]

Universiti - Kalau buat salah, kena saman. Biasa kena RM25. Tengok pada kesalahan yang dibuat.


Sekolah - Kalau nak hang out dengan kawan-kawan hanya boleh selepas waktu sekolah je. Tak pun time Sabtu Ahad je.

Universiti - Kalau nak hang out dengan member-member, time ada gap kuliah 2/3 jam pun boleh jadi. Kalau tak ada kelas on that day, nak balik 1/2am pun tak apa. Paling teruk pun kena scan kad matrik je. [tapi aku tak pernah lagi kena scan kad matrik]

Sekolah - Bila budak sekolah bercouple, dikatanya 'cinta monyet'..
Universiti - Bila budak universiti bercouple, soalan biasa yang akan ditanya, "Bila ko plan nak tunang / kahwin dengan dia weh? Jangan lupa jemput aku sudah..." [soalan biasa bagi couple yang dah final year]

Sekolah - Ibu siap pesan lagi kalau nak cari bf, cari kat universiti..
Universiti - Bila sedang mencari, tahu-tahu ibu sudah pilih jodoh untuk anaknya..


So..nampak kan perbezaan yang sangat ketara bila sudah berada di Universiti? Ada best ada tak best..Tapi banyak yang best la..Hehehe..
Environment best, member best, lecturer best [certain je], kolej kediaman best, cafe best (ylah tu), macam-macam lagi la yang best! ^_^