Perbezaan Antara Zaman Sekolah dan Zaman Universiti

hye! assalamualaikum... saya baru perasan yg tyme study kat sekolah menengah dan kat kolej/universiti banyakkk beza.... jom wat kajian perbezaan dua2 tu...


Sekolah - Bawa beg berat macam batu-bata. Penuh dengan buku. Pencil box complete semua ada. Cuma liquid je tak boleh bawa. Kalau bawa kena rampas. [Entah pape je peraturan gini]
Universiti - Nak bawa beg pun malas. Kadang-kadang bawa sebuah buku je. Buku tu la yang digunakan untuk menulis nota bagi segala subjek. Tak perlu bawa pencil box semua. Cukup sekadar bawa pen dan liquid je. Nak lagi senang, bawa laptop je ke kelas.


Sekolah - Pelajar hanya dibenarkan memakai baju sekolah je..Baju sekolah semua sama style..Kalau nak tunjuk ada style sikit pun boleh tunjuk kat kasut.

Universiti - Macam-macam style ada..Malay style, Korean style, Turki style semua ada..Pakai je style apa yang nak..Tak ada siapa halang..


Sekolah - Pelajar dilarang bawa hp ke sekolah. Kalau kantoi kena rampas
Universiti - Hp semua canggih-canggih..Even apa yang lecturer lecture kan pun siap boleh rekod dalam hp. Sebab malas nak buat catitan. Tu kalau lecturer tak bagi nota la.

Sekolah - Pukul 6am dah kena bangun mandi untuk pergi ke kelas. Kalau datang lambat ke sekolah, kena tahan dengan pengawas.
Universiti - Kalau ada kelas pukul 8am, time tu la baru nak bangun mandi. Sampai kelas lewat pun relax je. Lecturer pun buat dek je. [Sebab malas nak layan perangai budak gini]

Sekolah - Kelas dari pukul 7.30am sampai 1/2pm. Kalau ada kelas tambahan, mahu sampai pukul 4/5pm.
Universiti - Kelas kadang-kadang 2/3 jam je. Paling azab 8 jam. Paling heaven tak ada kelas langsung. Depends on schedule and lecturer.

Sekolah - Esok exam, last week dah prepare dah. Pensil 2B pastikan ada 2 batang. Kasi tajam.
Universiti - Esok exam, hari ni baru nak study. Pukul 9am start exam, pukul 7am baru nak tidur sebab tak habis study punya pasal. 


Sekolah - Kalau buat salah, kena ambil nama then bayar denda dalam RM2 ke macam tu.[tak ingat paling mahal kena berapa]

Universiti - Kalau buat salah, kena saman. Biasa kena RM25. Tengok pada kesalahan yang dibuat.


Sekolah - Kalau nak hang out dengan kawan-kawan hanya boleh selepas waktu sekolah je. Tak pun time Sabtu Ahad je.

Universiti - Kalau nak hang out dengan member-member, time ada gap kuliah 2/3 jam pun boleh jadi. Kalau tak ada kelas on that day, nak balik 1/2am pun tak apa. Paling teruk pun kena scan kad matrik je. [tapi aku tak pernah lagi kena scan kad matrik]

Sekolah - Bila budak sekolah bercouple, dikatanya 'cinta monyet'..
Universiti - Bila budak universiti bercouple, soalan biasa yang akan ditanya, "Bila ko plan nak tunang / kahwin dengan dia weh? Jangan lupa jemput aku sudah..." [soalan biasa bagi couple yang dah final year]

Sekolah - Ibu siap pesan lagi kalau nak cari bf, cari kat universiti..
Universiti - Bila sedang mencari, tahu-tahu ibu sudah pilih jodoh untuk anaknya..


So..nampak kan perbezaan yang sangat ketara bila sudah berada di Universiti? Ada best ada tak best..Tapi banyak yang best la..Hehehe..
Environment best, member best, lecturer best [certain je], kolej kediaman best, cafe best (ylah tu), macam-macam lagi la yang best! ^_^