IKHTILAT

ASSALAMUALAIKUM..

Perkataan ikhtilat itu pada adatnya bermaksud pergaulan. Di dalam konteks Islam, ikhtilat boleh diertikan sebagai suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki & wanita ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang kepada maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari termasuklah mereka yang berkecimpung dalam pergerakan Islam sendiri. Tambahan pula, kemajuan era teknologi sekarang ini, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki & wanita yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti SMS, e-mail,Facebook,WeChat,LINE& mcm2 larh lagi. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama pemuda pemudi Islam.


"Kenapa tak boleh keluar dengan lelaki ajnabi walaupun tak ada pegang-pegang, tak ada sentuh-sentuh, tak buat benda tak senonoh, tak ada pergi tempat gelap ? Kita orang keluar just for fun."




#Ikhtilat.
Kalau kita tak jaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati.

Bila mata suka memandang kepada ajnabi,
bila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi,
bila telinga suka mendengar suara ajnabi,
bila tangan suka ber'chatting' dengan ajnabi,
bila kaki suka melangkah bersama ajnabi,
bila diri suka meraih perhatian ajnabi,
maka kita akan mudah jatuh hati.

Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah.



Zina.
Na'uzubillah.